FUNGSI, PERANAN & OBJEKTIF
FUNGSI
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) membantu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam mengurus prestasi sektor awam negeri dan pembudayaan konsep kreativiti serta inovasi ke arah meningkatkan daya saing sektor awam negeri
PERANAN
OBJEKTIF
Sistem Penyampaian
Memantapkan lagi Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif permodenan, inovasi & transfomasi agar rakyat dan pelanggan beroleh manfaat daripadanya.
Transformasi Sumber Manusia
Mentransformasikan sumber masnusia dalam perkhidmatan awam negeri bagi merealisasikan penjawat awam yang cekap berilmu, beretika dan berintegriti, kreatih dan inovatif.
Mentransformasikan pembangunan ekonomi Negeri Sabah
Mentransformasikan pembangunan ekonomi Negeri Sabah bagi menyokong Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru dan merealisasikan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke arah status negara berpendapatan tinggi.
Memangkinkan kepimpinan yang berketrampilan
Memangkinkan kepimpinan yang berketrampilan bagi memacu (Model The Way) Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke hadapan.
Memajukan Sistem Kerajaan Elektronik
Memajukan Sistem Kerajaan Elektronik* bagi memodenkan urusan kerajaan dengan rakyat, sektor perniagaan dan pelanggan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.
Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
Jawatankuasa Pelaksana ARPA iaitu suatu kerangka strategik menyeluruh yang digariskan bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah yang lebih cekap, berintegriti dan berfokus rakyat. Selaras dengan lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) & disokong oleh 20 Strategi keberhasilan Reformasi (SKR), ARPA dibangunkan berasaskan pendekatan bersepadu yang mengutamakan prinsip "Whole of goverment & Whole of nation"
GOOD REGULATORY PRACTICE
Jawatankuasa Teknikal & Sekretariat bagi pelaksana Polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah berkuatkuasa 8 September 2025